
Kredit Komuniti VS Scammer
Tanda Penipuan Pinjaman Peribadi & Apa Perlu Buat Jika Ditipu Scammer
Semakin hari, semakin ramai yang terpedaya dengan penipuan pinjaman peribadi. Kita nak pinjam wang sebab perlukan duit tapi boleh pulak scammer ini minta bayaran pendahuluan atau wang deposit untuk caj servis lah, caj buang rekod CCRIS, dan banyak lagi. Malangnya, ramai pula yang tertipu dengan scam pinjaman yang tak wujud ini.
Lain pula dengan mangsa yang tertipu dengan pinjaman wang berlesen kononnya under KPKT tapi rupanya itu scammer. Oleh itu, anda haruslah bijak ketika memilih pinjaman peribadi yang sesuai dan selamat.
Selepas tukang iklan selesai mencari mangsa. Tugas seterusnya dilakukan oleh penipu ke-2. Mereka ini biasanya menjalankan tugas menipu, kaki peras ugut dan sebagainya.
Apabila mereka lihat mangsa tak tahu apa tak bertegas dan mereka rasa ada peluang untuk menipu mereka akan gunakan pelbagai ayat manis untuk mangsa menyerahkan duit kepada mereka.




Jangan sesekali SERAHKAN DUIT kepada mereka. Jika anda nak cuba nasib anggaplah sedekah sahaja kerana belum ada lagi pinjaman yang berjaya jika bayar macam ni.
APA PERLU BUAT JIKA DIUGUT UNTUK BATAL LOAN?
Jika anda diugut untuk batalkan pinjaman anda boleh buat REPORT POLIS.
​
Kebiasaanya mereka akan ugut untuk:-
-
Ambil tindakan Mahkamah sebab nak batalkan loan
-
Hantar surat lawyer nak saman
-
Nak mufliskan nama
-
Nak viralkan kad pengenalan
​
''Cepat-cepat report polis untuk buat "cover report" sebagai langkah keselamatan anda. Dokumen anda mungkin akan disalah guna!''
''Segera block nombor penipu tersebut supaya mereka tidak lagi menganggu anda.''
''Jangan bimbang dengan ugutan mereka.Mereka hanya boleh cakap sahaja.Buat apa nak takut dengan mereka, mereka adalah penipu !''
''Semoga info ni akan membantu anda supaya tidak ditipu lagi. ''
​
​
Golongan target mereka :-
-
Surirumah
-
Gaji tunai
-
Nak bayaran murah macam bank
-
Nama dah disenarai hitam dengan syarikat Pinjaman Berlesen yang berdaftar
-
Dokumen yang tidak lengkap
-
Peniaga
-
Mereka yang terdesak nakkan duit segera
-
Golongan yang nak loan tinggi tapi gaji rendah
4 Cara Mohon Pinjaman Kredit Komuniti, Elak Ditipu Ah Long
01
Tanpa bayar deposit sebelum dapat duit pinjaman
02
Minta video call tujukkan office atau terus urusan di pejabat
03
Semak status syarikat pinjaman wang berlesen KPKT dengan i-Kredikom
04
Document yg sah disediakan oleh syarikat wang berlesen